Bahan-Bahan Kisar
30gram cili kering
1 inchi halia
lengkuas
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
sebatang serai
1 ulas bawang besar
Bahan-Bahan Lain
Tomato puri dalam tin (220 gram)
1/2 tin susu cair ideal
kerisik ( RM2 sebungkus)
Garam, gula, & serbuk perasa secukupnya
Minyak masak
rempah tumis ( bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis)
* 1.5 kg ayam dipotong 10 bahangian diperap dengan serbuk kunyit sedikit & garam sedikit
Cara-Cara Memasak
1. Tumis rempah tumis dan bahan-bahan kisar di atas sehingga pecah minyak
2. Masukkan kerisik, tomato puri dalam tin kemudian masukkan susu cair dan gaul bersama sehingga rata.
3. Kemudian masukkan ayam dan gaul bersama dengan bahan-bahan tersebut sehingga pekat.
4. Masukkan sedikit air dan tambah sedikit sedikit gula, garam, dan serbuk perasa. Kemudian biarkan ayam tersebut sehingga mendidih.
5. Jika mahu, boleh tambah sedikit sos tomato & sedikit sos cili untuk perasa tambahan.
* bagi sesiapa yang mahu melihat ayam masak merah kelihatan menarik, boleh tambahkan sedikit kacang peas. Selamat Mencuba!!!
No comments:
Post a Comment